VIDEO















Pada permulaan memperkenalkan pengukuran isipadu cecair, video di atas boleh digunakan untuk permulaan pengajaran. Video ini menerangkan alatan yang di gunakan untuk mengukur cecair dan cara mengukurnya. Walaupun pada peringkat memperkenalkan topik ini kepada kanak-kanak Tahun Dua tidak memerlukan unit piawai, video ini boleh membantu untuk menunjukkan cara-cara menuang cecair dalam bekas lain dan cara melihat takat ukuran yang ditanda.
Guru juga boleh menggunakan alatan dalam video diatas untuk menjalankan ujikaji dalam kelas bersama murid membandingan kapasiti antara bekas-bekas tersebut tanpa mengguna unit piawai.
Kanak-kanak didalam kelas juga perlu diberi peluang untuk menjalankan ujikaji sendiri untuk mendapat pengalaman sebenar dan boleh membuat perbandingan serta perbezaan kapasiti antara bekas yang berbeza.
Selain alatan di atas, guru-guru perlu menyediakan pelbagai bekas yang berbeza saiz dan bentuk supaya murid lebih memahami konsep kapasiti cecair. Bekas-bekas atau alatan untuk pengukuran isipadu cecair ini lebih praktikal jika mengguna bekas yang terdapat di persekitran seharian kanak-kanak tersebut.