PENUTUP

Pengukuran isipadu cecair merupakan satu pengalaman baru bagi pelajar Tahun Dua sekolah rendah. Sebagai guru kita perlu menyediakan satu strategi pengajaran yang lengkap untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai istilah-istilah yang di gunakan dalam pengukuran isipadu cecair dan memahami ukuran bukan piawai serta ukuran yang meliabtkan unit piawai.
Pelajar akan lebih mudah faham apabila aktiviti pembelajaran mereka dikaitkan dengan kehidupan dan pengalaman seharian. Penggunaan alatan untuk memperkenalkan topik ini perlulah mudah di perolehi, murah dan mudah dikendalikan oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti pembelajaran.
Kesimpulannya, aktiviti yang di rancang dengan sempurna dan mempunyai alatan pembelajaran yang lengkap akan memudahkan pelajar memahami konsep pengukuran isipadu cecair dengan lebih mudah.