AKTIVITI P&P

Aktiviti Pengajaran Pertama
Kemahiran : i. Memahami dan menguna kosa kata yang berhubung dengan Isipadu
                      Cecair.
                   ii. Mengukur dan membanding ukuran cecair bukan piawai.
Alatan       : Bekas A (3 botol) , Bekas B, Bekas C, Bekas D dan Bekas E

Aktiviti     : 
i.      Guru memperkenalkan Bekas A (3 botol) kepada pelajar dan bersoal jawab mengenai saiznya 
        dan kandungan yang dapat dimuat kedalamnya.
ii.     Guru mengedar Bekas A kepada 5 kumpulan.
iii.    Pelajar aras tinggi di minta memasukkan air kedalam bekas yang di sediakan supaya mendapat  
       kapasiti separuh penuh, penuh dan satu botol di biarkan kosong.
iv.   Pelajar di minta menyebut kapasiti air yang terdapat dalam ketiga-tiga bekas tersebut. Guru membetulkan kesalahan yang berlaku dan menegaskan kosa kata yang digunakan berkaitan kapasiti air tersebut.
v.   Pelajar lemah di minta meletakkan label yang disediakan pada bekas-bekas tersebut dan menyebutnya.
vi.  Guru menegaskan kosa kata seperti kosong, separuh penuh dan penuh apabila membandingkan kapasiti dalam saiz bekas yang sama.
vii. Guru mengedarkan Bekas C, Bekas D, dan Bekas E kepada semua kumpulan. Pelajar diminta mengisi penuh air kedalamnya.
viii.Pelajar aras tinggi daripada setiap kumpulan di minta membuat perbandingan kapasiti air tersebut mengunakan kosa kata lebih daripada, kurang daripada atau sama dengan.
ix.  Pelajar lemah di minta menyukat kapasiti air daripada setiap bekas tersebut mengunakan Bekas B dan menyatakan jumlah cawan daripada setiap bekas.
x.        Guru menjelaskan bekas yang berbeza saiz dapat memuatkan isipadu yang bebeza.
xi.       Akhir pembelajaran pelajar diberi kertas lembaran kerja dan di minta mengisi tempat kosong 
          dengan jawapan yang betul.

Contoh Lembaran Kerja.


Aktiviti Pengajaran Kedua
Kemahiran : Mengukur dan membanding ukuran cecair mengikut piawai.
Alatan        : Bekas A 1 liter, Bekas B 1 liter, Bekas A 2 liter dan Bekas B 2 liter.

Aktiviti:
i.   Pelajar di bahagi kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan di beri alatan yang sama.
ii.  Pelajar lemah dari setiap kumpulan di minta memasukkan air kedalam bekas A 1 liter
     dan Bekas A 2 liter sehingga ke aras 1 liter dan 2 liter.

iii. Guru mengajar pelajar lemah cara membaca ukuran pada bekas.  
     Contoh,  1 liter dan 2 liter.
iv. Pelajar aras tinggi di minta menuang air dari Bekas A 2 liter kedalam Bekas A 1 liter.
v.  Guru menyoal pelajar aras tinggi perbezaan isipadu air dalam Bekas A 2 liter dan
     Bekas A 1 liter.
vi. Guru meminta pelajar lemah menuangkan air dari satu Bekas B 1 liter kedalam Bekas B 2 liter. Pelajar tersebut di minta menyebut isipadu air yang terdapat dalam bekas B 2ℓ  berdasarkan takat bacaan yang tertera.
vii. Guru meminta pelajar aras tinggi memenuhkan air Bekas B 2 liter menggunakan
      Bekas A 1 liter dan Bekas B 1 liter serta membuat perbandingan isipadu kedua-dua
      bekas tersebut.


viii.Guru menjelaskan kepada pelajar, jika bekas yang mempunyai ukuran piawai yang
      sama, akan mempunyai  isipadu  yang sama walaupun bentuk yang berbeza-beza.
ix. Akhir pembelajaran pelajar diberi lembaran kerja dan di minta mengisi tempat kosong
    dengan jawapan yang betul.